HARI TERBUKA SMK TTA KALI KEDUA TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Skudai  mengundang  ibu bapa/ penjaga pelajar  SMK TTA tahun 2012 menghadiri Hari Terbuka Sekolah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 23 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 pagi

Untuk pengetahuan pihak tuan/ puan, tujuan diadakan Hari Terbuka tersebut adalah bagi mewujudkan hubungan dua hala di antara ibu bapa/ penjaga dengan pihak sekolah bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik dan sahsiah pelajar. Dengan cara ini, diharapkan kedua-dua pihak dapat mengatasi masalah pembelajaran dan sahsiah anak-anak dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka di dalam bidang akademik.

Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Semoga mendapat perhatian dan tindakan tuan/ puan. Segala kerjasama yang diberikan diharapkan dapat meningkatkan kecemerlangan anak tuan/ puan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s