Larian Tun Aminah & Hari Kokurikulum 2012

Pada 28 September, SMK TTA telah menganjurkan Larian Tun Aminah Tahun 2012. Rumah Laksamana telah merangkul tempat pertama dalam pertandingan larian jarak jauh ini. Tahniah diucapkan dan syabas kepada para murid yang menyertai aktiviti ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Rohani Bt Abd Manaf. Penyampaian hadiah untuk Minggu Bahasa Tamil dan Sambutan Bulan Kebangsaan serta Cabutan Bertuah turut diadakan. Tahniah kepada semua peserta.
Pada 28 September juga telah diadakan perkhemahan unit beruniform SMK TTA yang disertai oleh murid-murid dari tingkatan satu dan dua. Antara akviti sepanajang perkhemahan ialah mendirikan khemah, memasak dan juga malam kebudayaan. Diharapkan para murid yang menyertai aktiviti ini mendapat manfaat dan pengalaman berharga yang tidak ternilai.  Pada 29 September pula telah dilangsungkan juga aktiviti jualan, pertandingan akhir futsal, pertandingan akhir bola keranjang dan pertandingan bakat yang terbuka untuk murid SMK TTA. Penyertaan para murid sangat menggalakkan. Semoga pada tahun hadapan lebih aktiviti menarik yang boleh diadakan dan penyertaan dari murid juga bertambah. Tahniah kepada yang berjaya dan teruskan usaha untuk yang kurang berjaya pada hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s