MAJLIS RESTUMU DIPOHON

Pagi ini telah diadakan satu Majlis Restu Ilmu bagi para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM pada minggu hadapan. Majlis ini telah diadakan di Dewan Terbuka SMK TTA dan dihadiri oleh semua guru dan calon  SPM 2012.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Aizam Bin Omar. Seterusnya Pengetua SMK TTA, Puan Hajah Rohani Bt A Manaf telah menyampaikan amanat beliau. Beliau mewakili guru-guru SMK TTA mendoakan agar semua pelajar  akan berjaya menjawab soalan dengan baik. Beliau berharap agar para pelajar dapat memberi tumpuan penuh kepada peperiksaan memandangkan keputusan peperiksaan ini amat penting untuk masa depan mereka. Selain itu, pelajar juga diharapkan dapat menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang SPM dan memaklumkan kepada pihak sekolah dengan segera sekiranya berlaku kes kecemasan.
Selepas ucapan, telah diadakan upacara bermaaf-maafan diantara guru dan pelajar.
Para pelajar kemudiannya dibekalkan dengan alat tulis sumbangan SMK TTA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s