Selamanya MALAYSIA ….

Usah gentar berdepan Thailand

KUALA LUMPUR – Beberapa minit selepas Harimau Malaya membaham Garuda untuk ke separuh akhir Piala Suzuki AFF, Datuk K. Rajagobal mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak gentar berdepan Thailand.
Pengendali skuad kebangsaan itu berkata, tiada apa yang perlu digeruni apabila berdepan Thailand, juara Kumpulan A yang menjadi penghalang utama skuad negara di separuh akhir.
“Kita tidak ada apa-apa untuk dirisaukan tentang pertemuan Thailand, kita akan bermain seperti biasa apa yang ingin saya katakan jangan terlalu fikirkan tentang kekuatan mereka sebaliknya fikirkan tentang permainan kita,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Rajagobal turut mengakui, permulaan yang baik adalah kunci kejayaan Malaysia menumpaskan Indonesia 2-0.
“Mereka beraksi baik pada separuh masa pertama dan saya pesan kepada mereka untuk sekurang-kurangnya menambah satu lagi gol pada separuh masa kedua,” katanya.
Rajagobal mengakui walaupun berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan tetapi bertemu Indonesia bukan satu tugas mudah.
“Dalam perlawanan seperti ini Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim dirantai rapi dan tidakada permainan terbuka.
“Selepas Indonesia ketinggalan saya sedar mereka akan memberi tekanan kepada pertahanan kita itulah sebab saya memasukkan Gary Steven Robbat dan Amar Rohidan untuk memberi kestabilan.”

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121202/su_02/Usah-gentar-berdepan-Thailand#ixzz2E63dB9tM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s