PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

logo%201%20malaysia%20membanteras%20dadah

Pada 18 Februari telah diadakan pelancaran Minggu Antidadah Peringkat Sekolah. Tarikh 19 Februari pada setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan dan sepanjang minggu berkenaan akan diadakan Minggu Anti Dadah diperingkat sekolah seluruh negara. Hal ini bertujuan untuk mengingatkan orang ramai akan bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada pembangunan negara.  Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Puan Tay Suat Gan, Pengetua SMK Taman Tun Aminah. Sebelum itu, Tuan Pengetua juga telah menyampaikan teks perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini adalah seperti pameran, kuiz dan juga pertandingan mewarna yang dibuka kepada semua murid SMK TTA.

Sila layari http://kenali.net/ untuk mendapatkan maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah.
cats

Pada majlis perhimpunan ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada murid yang mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan. Pada 25 Januari 2013, saudara Ganapathy a/l Ravichandran telah memenangi pingat gangsa dalam acara merentas desa (L18) MSSD di SMK Nusajaya. Sementara itu, pada 7-8 Februari 2013, wakil sekolah iaitu saudari Chan Zhi Qing telah memenangi pingat emas (Perempuan 15) dan saudara Lim Hao Jie mendapat pingat gangsa (Lelaki 15) dalam pertandingan catur MSSD di SMK Majidi Baru 2. Tahniah diucapkan semoga kecemerlangan anda menjadi inspirasi kepada rakan sebaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s