PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SMKTTA

Pada 25 Februari 2013, Pusat Sumber SMK Taman Tun Aminah telah melancarkan Program NILAM peringkat sekolah. Puan Mazura Kusin selaku Guru Media telah memberi ucapan serta penerangan aktiviti sepanjang program dijalankan. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti Jom Membaca, Pengunjung Bertuah, Pembaca Terbanyak dan Ulasan Buku. Selain itu, murid-murid juga diminta untuk membeli Buku Nilam dalam usaha membudayakan sikap suka membaca dan cinta akan ilmu. Pelancaran Program NILAM telah disempurnakan oleh Puan Tay Suat Gan, Pengetua SMK TTA. Beliau juga menggesa agar murid-murid berusaha untuk menambahkan lagi kuantiti buku bacaan dan menyemai sikap suka membaca pada waktu lapang. Selain itu, beliau akan berusaha untuk menaiktaraf keadaan pendingin hawa di pusat sumber untuk keselesaan murid-murid. Majlis diakhiri dengan gimik perasmian pelancaran Program Nilam.
DSC_0030

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s