Pada 2 Mac 2013, Kelab Badminton SMKTTA telah mengadakan pemilihan wakil MSSD badminton yang telah diadakan di Dewan Millenium, Taman Tun Aminah. Hampir 50 orang peserta telah menyertai pertandingan pemilihan ini. Namun demikian hanya 16 pemain sahaja yang terpilih untuk mewakili sekolah. Diharapkan agar mereka yang gagal untuk menjadi wakil sekolah akan melipatgandakan usaha mereka lagi. Kepada peserta yang berjaya pula diharapkan dapat bersedia daripada mental dan fizikal. Semoga SMK TTA memperoleh kejayaan.
Advertisements