TERIMA KASIH CIKGU ADIBAH…

Slide1

Majlis Persaraan Puan Hajah Adibah Akhyak telah diadakan di SMK TTA pada hari Khamis, 9 Januari 2014. Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di SMK TTA selain memberi peluang kepada anak-anak didik beliau untuk mengucapkan salam perpisahan. Beliau dikenali sebagai seorang guru yang lembut dan merendah diri namun tegas dalam mendidik anak-anak di SMK  TTA. Puan Hajah Adibah juga merupakan seorang pendidik yang sering memberi komitmen terbaik dalam kerjayanya. Keramahan, kelembutan serta senyuman yang tidak pernah lekang pada raut wajahnya membuatkan Puan Hajah Adibah disenangi oleh warga   SMK TTA. Warga SMK TTA berharap semoga Puan Hajah Adibah akan lebih cemerlang selepas bersara. Jasa tuan amatlah kami hargai dan tidak mungkin dapat dibalas walaupun dengan segunung intan.  Semoga berbahagia bersama-sama keluarga tersayang.

Bintang di timur cuaca baik, 
Cahayanya sampai ke hutan seberang; 
Mulut manis hatinya baik, 
Itulah budi dikenang orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s