SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMK TAMAN TUN AMINAH

maulid200
Alhamdulillah. Majlis Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W telah diadakan dengan jayanya pada 14 Januari 2014 di Surau An Nur SMK  TTA. Kehadiran murid-murid serta ibu bapa ke majlis ini adalah sangat memuaskan. Majlis dimulai dengan bacaan doa serta selawat ke atas nabi dan bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Al Hafiz Bin Rahmat. Majlis seterusnya diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Al Hafiz. Antara intipati ceramah ialah kita patut menjadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani kehidupan kita yang penuh pancaroba ini.
Selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, umat Islam digalakkan untuk bersederhana dalam aspek kehidupan. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik. Majlis diakhiri dengan selawat ke atas nabi dan jamuan makan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s