TERIMA KASIH PUAN FANG MEI LIH

WP_20140518_017
Majlis Persaraan Puan Fang Mei Lih telah diadakan di SMK TTA pada 18 Mei 2014 serentak dengan sambutan hari guru peringkat sekolah. Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di SMK TTA selain memberi peluang kepada anak-anak didik beliau untuk mengucapkan salam perpisahan. Beliau dikenali sebagai seorang guru yang lembut dan merendah diri namun tegas dalam mendidik anak-anak di SMK  TTA. Puan Fang Mei  merupakan guru bahasa Inggeris  yang sering memberi komitmen terbaik dalam kerjayanya. Keramahan, kelembutan, sikap keibuan serta senyuman yang tidak pernah lekang pada raut wajahnya membuatkan Puan Fang Mei Lih disenangi oleh warga   SMK TTA. Warga SMK TTA berharap semoga Puan Fang akan lebih cemerlang selepas bersara. Jasa tuan amatlah kami hargai dan tidak mungkin dapat dibalas walaupun dengan segunung intan.  Semoga berbahagia bersama-sama keluarga tersayang.

Bintang di timur cuaca baik, 
Cahayanya sampai ke hutan seberang; 
Mulut manis hatinya baik, 
Itulah budi dikenang orang.
fang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s