SEMINAR INTEGRITI UNTUK WARGA PENDIDIK

Pada 18 Ogos 2014, Seminar Integriti  Untuk Warga Pendidik telahpun diadakan di SJK(C) Kuo Kuang, Skudai Johor. Ceramah telah disampaikan dengan penuh bersemangat oleh Encik Abdullah Bin Yusof dari PPD Johor Bahru. Seminar ini telah dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu pagi dan petang dan dihadiri oleh guru-guru dari SMK Taman Tun Aminah dan SJK(C) Kuo Kuang. Warga SMK TTA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pencermah dan pihak pentadbiran SJK(C) Kuo Kuang.

altAgCZIan7iIbiMYbXUVl2ELzfWSiCWTyrb5cJqiVskN6T altAgjOqZzmPrEaRqhkYmvuwziuLDq3fx_KNlVKzgieebnP                altAovSQNY2A99xEFNOzMXH6qdj8u6kH_acN3oZSS_Fxh01altAqWw9d63pZyVjV5KvIe3h0ymWOc4wEd5oGEefIu6NyOy

Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupukbudaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.

Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.

Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempatWawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s