Author Archives: muhammadrashyid

Gotong-royong Membersihkan Surau Sempena Ramadan

Pada 24 Mei 2017, sebahagian guru SMK Taman Tun Aminah telah berbesar hati menyumbangkan tenaga dan masa bagi membersihkan kawasan surau sekolah. Hasilnya, surau sekolah kini semakin bersih, cantik dan ceria. Semoga Tuhan membalas jasa guru-guru yang budiman. Selamat Menyambut Bulan Ramadan. IMG-20170528-WA0021IMG-20170528-WA0023IMG-20170528-WA0022

Advertisements

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2017

Majlis Sambutan Hari Guru SMK Taman Tun Aminah yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf telah berlangsung dengan jayanya. Majlis telah dimeriahkan dengan persembahan oleh murid-murid dan guru antaranya nyanyian, tarian, deklamasi sajak dan sukaneka. Guru-guru amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan. Semoga guru-guru dapat merealisasikan hasrat menjadi pembina negara bangsa. Selamat Hari Guru !WhatsApp Image 2017-05-19 at 06.34.13WhatsApp Image 2017-05-19 at 06.34.29WhatsApp Image 2017-05-19 at 06.34.31WhatsApp Image 2017-05-19 at 06.34.32

Larian Muafakat Guru 2017

 

Bertemu kembali. Salam Muafakat Johor. Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 yang berlangsung di negeri Johor, pelbagai program dijalankan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Guru-guru dan wakil PIBK SMKTTA seramai 20 orang yang diketuai oleh Pengetua, En. Ali@Zainal Abidin telah menyertai acara Larian Muafakat Guru 2017 yang diadakan pada Sabtu , 13 Mei bermula di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan berakhir di Maktab Sultan Abu Bakar ( English College ) sejauh 6.0km. Semua wakil SMKTTA dapat menghabiskan larian dengan segak dan bergaya. Tahniah diucapkan dan Selamat Menyambut Hari Guru 2017.

a86a6177-c2ed-494c-b16b-9959aad8a70c92e529e4-2b66-49ee-b246-531e67a5d314

Maraton Colour Run SIGS 2017

IMG-20170312-WA0008-tile.jpg

Kelab Olahraga SMK Taman Tun Aminah telah mengambil bahagian dalam maraton Colour Run SIGS yang berlangsang pada 11 Mac (Sabtu) bertempat di Stadium Educity, Nusajaya. Seramai 42 orang peserta diiringi 8 orang guru telah mengambil bahagian. Trek larian sejauh 5km diharungi dengan jayanya oleh semua ahli kelab.

Kelab Olahraga juga bercadang ingin menyertai mana-mana aktiviti maraton bagi memantapkan kecergasan setiap ahli. Dengan pendedahan seperti ini menjadikan ahli kelab lebih berpengalaman dalam menyesuaikan diri dengan larian jarak jauh. Selamat maju jaya.

 

 

Tahniah Wira dan Wirawati SMKTTA

92509a0b-a24e-4f0b-aaa1-3132b14c31f7-tile

Kontinjen Olahraga SMKTTA telah menyertai Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru pada 28 Februari sehingga 2 Mac 2017 yang lalu bertempat di Stadium Educity Nusajaya. Seramai 17 orang atlet dan 6 orang guru pengiring turut bersama-sama menjayakan kejohanan tersebut. Hari pertama kejohanan, kem SMKTTA bermula hambar kerana hanya membawa pulang sebutir gangsa melalui acara Lontar Peluru oleh wira Goh Kah Lok ( 10.60m ). Kem Kontinjen SMKTTA mula mengorak langkah gemilang apabila berjaya menggondol 2 pingat emas dan sebutir gangsa masing-masing melalui wira Glenn Tan Qin Fu ( Lompat Jauh 5.96m ), Wirawati Lee Chi Qing ( Lompat Jauh 4.30m ) dan Wirawati Tia Siaw Xuen ( Lempar Cakera 17.26m ). Walaupun belum mencapai target yang disasarkan namun kontinjen olahraga sentiasa komited memberikan saingan sehingga ke akhir kejohanan. Warga SMKTTA mengucapkan syabas atas kejayaan yang diperoleh. Akhir kata, “kegagalan hari ini bukanlah penentu kehidupan kamu pada masa hadapan”. Man Jadda Wa Jadda – Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. Tahniah !

 

Tahniah. Selamat Maju Jaya.

whatsapp-image-2017-01-25-at-12-50-34

25 Januari 2017 – SMK Taman Tun Aminah telah menghantar wakil ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD JB di Padang Awam Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah. Namun demikian, pasukan SMKTTA terpaksa akur dengan cabaran yang dihadapi. Diharapkan pasukan ini dapat memperbaiki rekod dan meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang. Tahniah diucapkan dari seluruh warga SMKTTA.

Perjumpaan Rumah Sukan Kali Pertama 2017

whatsapp-image-2017-01-18-at-01-35-tile

17 Januari 2017 – Perjumpaan kali pertama bagi keempat-empat rumah sukan iaitu Bentara, Laksamana, Pahlawan dan Hulubalang telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 11.30 – hingga 12.30 tengah hari. Pertemuan ini bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti penting yang bakal dilalui oleh murid-murid sesi petang dalam bidang sukan. Diharapkan semua murid menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertemuan yang akan datang. Sukan menyatukan kita.

Image

HARI ORIENTASI TINGKATAN 1 & PERALIHAN 2017

orientasi
1 Januari 2017 merupakan tarikh keramat bagi kira-kira 300 orang murid baharu yang mendaftar sebagai pelajar di SMK Taman Tun Aminah. Pelbagai ragam ditunjukkan daripada murid-murid yang berbilang kaum dan agama ini. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan mereka di samping berharap agar mereka dapat menunjukkan komitmen yang baik sebagai murid di SMKTTA. Akhir kata, “selamat menjejak dewasa”.