Category Archives: Kokurikulum

Larian Muafakat Guru 2017

 

Bertemu kembali. Salam Muafakat Johor. Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 yang berlangsung di negeri Johor, pelbagai program dijalankan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Guru-guru dan wakil PIBK SMKTTA seramai 20 orang yang diketuai oleh Pengetua, En. Ali@Zainal Abidin telah menyertai acara Larian Muafakat Guru 2017 yang diadakan pada Sabtu , 13 Mei bermula di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan berakhir di Maktab Sultan Abu Bakar ( English College ) sejauh 6.0km. Semua wakil SMKTTA dapat menghabiskan larian dengan segak dan bergaya. Tahniah diucapkan dan Selamat Menyambut Hari Guru 2017.

a86a6177-c2ed-494c-b16b-9959aad8a70c92e529e4-2b66-49ee-b246-531e67a5d314

Perjumpaan Rumah Sukan Kali Pertama 2017

whatsapp-image-2017-01-18-at-01-35-tile

17 Januari 2017 – Perjumpaan kali pertama bagi keempat-empat rumah sukan iaitu Bentara, Laksamana, Pahlawan dan Hulubalang telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 11.30 – hingga 12.30 tengah hari. Pertemuan ini bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti penting yang bakal dilalui oleh murid-murid sesi petang dalam bidang sukan. Diharapkan semua murid menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertemuan yang akan datang. Sukan menyatukan kita.

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

sambutan maulud 2013
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad saw telah diadakan dengan jayanya pada 2 Februari 2013 di Surau An Nur SMK TTA. Kehadiran murid-murid serta ibu bapa ke majlis ini memuaskan. Majlis dimulai dengan bacaan doa serta selawat ke atas nabi serta kata-kata aluan daripada PK Kurikulum, Puan Roziah Binti Abu Bakar. Majlis disempurnakan dengan ceramah oleh Ustaz Mat Kamal Bin Puteh dari SMK Aminudin Baki. Selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, umat Islam digalakkan untuk bersederhana dalam aspek kehidupan. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Nabi Muhammad SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik. Majlis diakhiri dengan selawat ke atas nabi dan jamuan makan.

KURSUS KEPIMPINAN AJK TERTINGGI KELAB/PERSATUAN

Pada 1 Ogos 2012, SMK TTA telah menganjurkan Kursus Kepimpinan untuk AJK Tertinggi kelab dan persatuan SMK Taman Tun Aminah. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan murid yang berketerampilan dari aspek kokurikulum dan kepimpinan.

PERTANDINGAN KOLAM TAHUN 2012

Pertandingan membuat Kolam telah diadakan pada 1 Ogos 2012 di Dewan Terbuka SMK TTA. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil SMK TTA. Sebanyak 9 kumpulan telah bertanding untuk menghasilkan kolam tercantik dan kreatif. Penyertaan kali ini mendapat sambutan hangat daripada murid berbilang bangsa SMK TTA. Semoga aktiviti ini dapat mengukuhkan ukhwah dalam kalangan murid-murid.

JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2012

JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2012- SESI PAGI
Hari
Kelab / Persatuan / Sukan / Permainan / Unit Uniform
Isnin
Ping pong
(2.00 – 3.30 ptg)
Bola tampar
(2.00 – 3.30 ptg)
Bola baling
(2.00 – 3.30 ptg)
Petanque
(2.00 – 3.30 ptg)
Selasa
Sepak takraw
(2.00 – 3.30 ptg)
Olahraga
(2.00 – 3.30 ptg)
Bola jaring
(2.00 – 3.30 ptg)
Bola sepak
(4.00 – 5.30 ptg)
Rabu
Semua Kelab / Persatuan / Unit Uniform
(1.15 – 2.45 ptg)
Khamis
Bola keranjang
(2.00 – 3.30 ptg)
Badminton
(2.00 – 3.30 ptg)
Catur
(2.00 – 3.30 ptg)
Jumaat
Tiada aktiviti sukan / permainan
 JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2012 –  SESI PETANG
 
Hari
Kelab / Persatuan / Sukan / Permainan / Unit Uniform
Isnin
Ping pong
(10.00 – 11.30 pagi)
Bola tampar
(10.00 – 11.30 pagi)
Bola baling
(10.00 – 11.30 pagi)
Petanque
(10.00 – 11.30 pagi)
Selasa
Sepak takraw
(10.00 – 11.30 pagi)
Olahraga
(10.00 – 11.30 pagi)
Bola jaring
(10.00 – 11.30 pagi)
Bola sepak
(10.00 – 11.30 pagi)
Rabu
Semua Kelab / Persatuan / Unit Uniform
(10.00 – 11.30 pagi)
Khamis
Bola keranjang
(10.00 – 11.30 pagi)
Badminton
(10.00 – 11.30 pagi)
Catur
(10.00 – 11.30 pagi)
Jumaat
Tiada aktiviti sukan / permainan
 
 TEMPAT PERJUMPAAN UNIT KOKO 2012 sesi pagi