Category Archives: Makluman

Makluman Terkini

JADUAL PEMULANGAN BUKU TEKS

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga murid SMKTTA, sila patuhi jadual berikut untuk urusan pemulangan buku teks. Pastikan buku teks yang dipulangkan berada dalam keadaan baik dan bersampul. Terima kasih.
photo_2017-11-14_22-21-38photo_2017-11-14_22-23-50photo_2017-11-14_22-24-02

Advertisements

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2017

spm 2107.jpg

Warga SMK TTA mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM 2017 yang akan menduduki SPM pada 6 November ini. Semoga calon-calon SPM SMKTTA telah bersedia untuk meneruskan perjuangan ini, Usaha, doa dan tawakal.

PENANGGUHAN PDPC – SPM2017

Makluman kepada ibu bapa dan penjaga murid SMKTTA, kelas-kelas berikut akan dicutikan mengikut ketetapan di bawah.
TANGGUH PDPC

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Warga SMK Taman Tun Aminah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Kalsom Binti Turiman dan Puan Jamiah Binti Zainal  atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di SMK TTA. Untuk makluman, Puan Hajah Kalsom Binti Turiman   akan meneruskan khidmat beliau sebagai PK Kokurikulum yang berdedikasi di SMK Universiti 1 manakala Puan Jamiah Binti Zainal akan meneruskan khidmat sebagai GKMP Bahasa di SMK Impian Emas . Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya dan semoga ceria di samping keluarga tercinta. Sesungguhnya budi yang dicurahkan di SMK TTA tidak ternilai harganya. Terima kasih !!

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2017

Happy-Diwali-2016
Warga SMK TTA mengucapkan Selamat Deepavali  kepada semua guru, staf dan murid SMK Taman Tun Aminah yang beragama Hindu. Semoga perayaan pada tahun ini memberi kebahagiaan dan keceriaan kepada anda. Sekolah ditutup pada 13 Oktober hingga 21 Oktober 2017. Sekolah akan dibuka pada hari 22 Oktober 2017. Selamat bercuti.

Image

SELAMAT MENDUDUKI PT3

photo_2017-10-05_21-06-28.jpg

JADUAL PT3 TAHUN 2017

Untuk makluman murid dan ibu bapa calon PT3. 
pt31pt32pt33

PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2017

Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid SMK Taman Tun Aminah.
tangguh koko 2017

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PT3 DAN SPM


Program Kecemerlangan Akademik PT3 dan SPM telah berlangsung dari 28-29 September 2017. Sepanjang dua hari ini, murid-murid telah diberikan tips dan nota padat beserta motivasi bagi menyiapkan diri menjelang peperiksaan umum yang akan datang. Seramai 100 murid telah terlibat dalam program ini. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat serta ibu bapa yang menyokong program ini. Diharapkan murid-murid dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh ini.
koko malam.jpg
koko mlm 2.jpg

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM TAHUN 2017

Pada 27 September, SMK Taman Tun Aminah telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2017. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2017. Tahniah kepada unit beruniform Kadet Polis, Persatuan Bahasa Cina dan Kelab Bola Keranjang kerana menerima anugerah unit kokurikulum paling cemerlang sepanjang tahun 2017. Diharapkan majlis ini dapat menyuntik semangat murid dan guru agar lebih cemerlang dan aktif dalam kokurikulum pada tahun hadapan.
koko 1koko 3koko2

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM

awal-muharam-1024x417
Tema Maal Hijrah pada tahun 2017 ialah “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”.
Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara Malaysia.

Tahniah Pasukan Yoyo Cina SMKTTA

yoyo cina 2017Tahniah pasukan yoyo Cina SMKTTA kerana menjadi naib johan dalam Pertandingan Yoyo Cina Peringkat Daerah Johor Bahru. Semoga terus sukses.