Biasiswa

1. BKP DAN BKPU

OBJEKTIF
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganugerahkan penghadiahan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan. Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam. Kadar BKP adalah RM70.00 sebulan manakala RM90.00 sebulan (bagi pelajar aliran sastera) dan RM110.00 sebulan (bagi pelajar aliran sains).
KPM telah mengambil langkah-langkah berterusan dari segi pemantauan pemberian penghadiahan BKP dan BKPU ini kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi kewangan tetapi memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria dari segi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang.
Kerjasama daripada beberapa pihak seperti sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) telah diperolehi dalam memastikan pelaksanaan penghadiahan biasiswa ini dilaksanakan dengan berkesan. Sekolah berperanan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak menerima hadiah biasiswa ini sebelum dimajukan borang permohonan mereka kepada PPD dan seterusnya kepada JPN.
KPM (Bahagian Kewangan) akan mendapatkan maklumat daripada JPN sebelum meluluskan permohonan pelajar. Pemprosesan permohonan pelajar adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM. Penggunaan SisPEB memudahkan proses pemilihan secara telus dan cepat. Bagi memastikan proses pelaksanaan ini diagihkan secara adil dan saksama, KPM telah menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa ke semua agensi yang terlibat dengan bantuan pihak Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Audit Sekolah.
KRITERIA KELAYAKAN
• Warganegara Malaysia;
• Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
• Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan yang lebih rendah;
• Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan
• Kadar biasiswa

 

Tingkatan 

Kadar Sebulan 

Tempoh Bayaran

Jenis Biasiswa

 1 hingga 4

RM 70.00

12 Bulan

BKP

 5

RM 70.00

11 Bulan

BKP

 6 Rendah (sastera

RM 90.00

7 Bulan

BKPU

 6 Rendah (Sains)

RM 110.00

7 Bulan

BKPU

 6 Atas (Sastera)

RM 90.00

11 Bulan

BKPU

 6 Atas (Sains)

RM 110.00

11 Bulan

BKPU

2. BANTUAN KWAMP

Kategori murid yang layak menerima bantuan KWAMP

  • Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan KWAMP ditetapkan mengikut kategori seperti berikut :

 KATEGORI 1

  • Murid miskin tahun 1 yang tercicir daripada system persekolahan di bawah Dasar Pendidikan Wajib 2003

 KATEGROI 2

  • Murid miskin tahun 2 – 6 yang pernah bersekolah tetapi tercicir pada tahun seterusnya / di tengah-tengah persekolahan atau kanak-kanak yang berumur 8-12 tahun yang tidak pernah bersekolah langsung.
  • Pelajar sekolah menengah yang tercicir di tengah-tengah perekolahan akibat kemiskinan.

 KATEGORI 3

  • Murid miskin tahun 1 – 6 yang masih bersekolah (bukan tercicir) tapi memerlukan bantuan dan sekiranya tidak diberi bantuan akan menyebabkan tidak dapat meneruskan persekolahan. Ini termasuk murid tahun 6 yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun berikutnya.

 KATEGORI 4

  • Murid miskin sekolah rendah /  pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kes-kes kecemasan seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain yang menyebabkan punca pencarian keluarga terjejas.

 Permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah dengan mengisi borang permohonan KWAMP.

3 BIASISWA KENANGAN DATO’ ONN


A. Syarat Permohonan1. Dilahirkan di Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah-sekolah di Negeri Johor. Bagi pemohon dari sekolah Maahad Johor hendaklah daripada Tingkatan 6.
3. Pendapatan ibubapa/penjaga kurang daripada RM1,500.00 sebulan.
4. Ibubapa/penjaga pemohon sekurang-kurang mempunyai 3 orang anak sedang menuntut.
5. Kelulusan bagi Tingkatan 1 mestilah 3A 2B dalam UPSR dan bagi Tingkatan 2 – 6 mestilah Pangkat 5A 3B dalam peperiksaan.
6. Hanya borang asal YPJ sahaja akan dipertimbangkan.

 B. Cara Memohon1. Borang permohonan diedarkan sebanyak 10 naskah kepada setiap sekolah bantuan penuh Kerajaan di dalam negeri Johor.
2. Semua permohonan hendaklah diperakui dan melalui pihak sekolah.
3. Mengisi borang permohonan biasiswa dengan lengkap.
4. Dokumen sokongan (salinan diakui sah).
5. Kad Pengenalan pemohon dan penjaga, surat beranak, keputusan UPSR/PMR atau keputusan peperiksaan akhir tahun (jika ada).
6. Tawaran dibuka pada awal Januari setiap tahun.
7. Tawaran ditutup akhir Febuari setiap tahun.

C. Tawaran Biasiswa & Pembayaran

1. Mereka yang berjaya dimaklumkan kepada Pengetua Sekolah.
2. Pembayaran akan dibuat pada bulan Jun setiap tahun dan dibayar atau nama Pengetua Sekolah.
3. Pelajar diminta membuka akaun bank masing-masing.



3 responses to “Biasiswa

  1. Hariati Bt Yusoff

    Bagaimana untuk saya membuat permohonan biasiswa untuk anak saya.
    Untuk makluman, anak saya berada diatingkatan empat dan lima.
    Saya seorang ibu tunggal.
    Terima kasih.

  2. Berapa jumlah biasiswa dato onn yang diterima setahun ya ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s