Misi & Visi

Visi Sekolah

“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

Misi Sekolah

“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

 

MATLAMAT SEKOLAH

KURIKULUM

  • memperoleh kecemerlangan dalam Peperiksaan PMR dan SPM;
  • memastikan pelajar menguasai kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis);
  • melahirkan pelajar yang komited dan gigih terhadap pelajaran dan
  • menyediakan keperluan individu dengan menggunakan kaedah, teknik dan bahan yang pelbagai.

KOKURIKULUM

  • Mewujudkan integrasi kaum melalui aktiviti kokurikulum; dan
  • Memperoleh kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

HAL EHWAL MURID

  • melahirkan pelajar yang setia dan cintakan sekolah;
  • melahirkan pelajar yang menghargai kemudahan sekolah dan
  • melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mengamalkan nilai-nilai murni.

PENGURUSAN / PENTADBIRAN SEKOLAH

  • menyediakan iklim sekolah yang ceria, penyayang, selamat dan kondusif untuk pembelajaran;
  • menyediakan sumber yang lengkap untuk pelaksanaan pengajaran & pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang efektif dan efisien;
  • melahirkan staf berkualiti yang mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, proaktif, komited dan kompeten dan
  • menjalin hubungan yang berkesan dengan ibu bapa, komuniti, pelanggan dan ‘stakeholders’.

OBJEKTIF SEKOLAH

  • meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum ke tahap cemerlang;
  • meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum ke tahap cemerlang;
  • memastikan keahlian pelajar dalam setiap komponen kokurikulum terdiri daripada pelbagai kaum;
  • meningkatkan mutu disiplin pelajar ke tahap yang sebaik-baiknya;
  • memupuk dan menanam semangat kecintaan dan kesetiaan kepada sekolah;
  • meningkatkan prasarana sekolah supaya kondusif untuk pembelajaran dan
  • menjalinkan hubungan yang berkesan dengan ibu bapa dan komuniti supaya mereka bersama-sama bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Piagam Pelanggan

Kami Warga SMK Taman Tun Aminah Johor Bahru, Johor.

  • Memastikan Sistem Pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduaan negara.
  • Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawap dan produktif.
  • Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
  • Menentukan setiap guru dan kakitangan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibubapa/ penjaga, masyarakat dan negara/kerajaan.
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera setiap pelangan yang berurusan dengan kami.
  • Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
  • Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s