HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER

hari malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke-16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Advertisements

Hari Keputeraan Agong pada 9 September

image

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V bagi tahun 2017 dipinda daripada 29 Julai ini kepada 9 September depan.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk tarikh Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini dipinda.

“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V bagi tahun 2017 dipinda dari Sabtu, 29 Julai 2017 kepada Sabtu, 9 September 2017,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hari-keputeraan-rasmi-agong-dipinda-kepada-9-september-1.502334#ixzz4ryCojzDL
© Utusan Melayu (M) Bhd

SELAMAT BERCUTI (25 0gos – 3 Sept 2017)

images
Cuti Pertengahan Penggal Kedua Tahun 2017  bermula pada 25 Ogos (Jumaat) hingga 3 September 2017 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 4 September 2017 (Isnin). Sehubungan itu, diharap ibu bapa dapat memanfaatkan masa cuti anak-anak ini dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membimbing dan mengulangkaji pelajaran bersama-sama mereka di samping memastikan anak-anak dalam keadaan selamat.

GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMKTTA

Sambutan Bulan Peringkat SMKTTA telah diadakan pada 24 Ogos 2017. Perasmian majlis telah dilakukan oleh Encik Ali@Zainal Abidin Bin Syed Mohamed, Pengetua SMK TTA. Pelbagai persembahan dari kalangan murid berbilang bangsa menghiasi majlis yang penuh bermakna ini bagi membolehkan muri-murid menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya. Diharapkan para murid memperoleh manfaat daripada program ini.

 

Gallery

GAMBAR SEKITAR PERSEDIAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

This gallery contains 10 photos.

Gambar sekitar persediaan Sambutan Bulan Kemerdekaan

KARNIVAL AMALAN BAHASA MELAYU (ABM) DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 14 dan 15 Ogos 2017, Karnival Amalan Bahasa Melayu telahpun dilaksanakan di SMKTTA. Kumpulan sasaran program ini ialah murid Peralihan Amal dan Peralihan Amanah. Antara objektif program ini adalah untuk memastikan murid menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan bertutur. Selain itu, murid juga diharapkan dapat membina keyakinan diri apabila berhadapan khalayak ramai. Banyak acara yang dipertandingkan seperti Pertandingan Namakan Alatan, Pertandingan Ejaan dan Pertandingan Namakan Bendera Negeri.
photo_2017-08-20_13-58-36photo_2017-08-20_13-58-44photo_2017-08-20_13-58-50

JADUAL UJIAN LISAN MENDENGAR

Makluman kepada calon PT3 ;

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH

        Pada 6.8.2017 telah diadakan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah            (AKKS) .  ‘Koperasi peneraju kecemerlangan aktiviti sekolah’ merupakan tema Anugerah AKKS. AKKS ini diadakan bagi menghargai semua koperator koperasi yang bersama sama bertungkus lumus dan sentiasa komited membangunkan dan menjayakan koperasi sekolah.
Kewujudan koperasi merupakan satu entiti yang penting pada sekolah kerana koperasi SMKTTA sangat membantu dalam menyumbang kepada pembangunan dan aktiviti sekolah .

Koperator terbaik Sesi pagi:
1. Phuah Suet Hui
2. Lee Shen Ni
Koperator mesra pelanggan
~Lam Ben Rong
Koperator Terbaik Sesi Petang:
1. Leong Jia En
2. Peh Lee Wei

Kini lebih mudah untuk log masuk ke Frog VLE!

unnamed

Salam sejahtera Cikgu,

Menerusi pengalaman kami bersama-sama dengan guru melalui projek 1BestarNet ini, kami telah menerima banyak pandangan dan maklumbalas daripada guru-guru untuk menambahbaik pelantar Frog VLE.

Kami menghargai dan mengambil kira setiap pandangan yang dikemukakan oleh guru-guru. Kami ada berita baik untuk guru tentang penambahbaikan ini.

Kini guru, murid dan ibu bapa boleh log masuk ke pelantar Frog VLE dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau nama pengguna tanpa perlu menaip domain (@yes.my) dan kata laluan sendiri untuk mengakses FrogVLE.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, meja bantuan kami bersedia membantu jika anda berdepan dengan sebarang masalah atau isu teknikal yang berkaitan dengan Frog VLE serta pertanyaan umum.

Meja bantuan kami di 018-799-8787 atau emel kami di moesupport@ytlcomms.my(7 pagi – 10 malam setiap hari termasuk cuti umum, tutup pada hari Sabtu).

*Nota: Sila pastikan nombor kad pengenalan yang dimasukkan sebagai nama pengguna adalah sama seperti yang direkodkan dalam pengkalan data NSMI.

Image

JADUAL PERCUBAAN PT3 2017

photo_2017-07-24_08-37-19.jpg

JADUAL PERCUBAAN SPM 2017

spm 1spm 2

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM 2017

SMK Taman Tun Aminah telah mengadakan Sambutan Hari Kokurikulum 2017 pada 20 Julai 2017. Tahniah dan terima kasih kepada semua murid, guru dan staf yang sama-sama hadir bagi memeriahkan sambutan pada hari ini. Aktiviti gerai jualan, pertandingan unit beruniform, dan rumah hantu berjaya dilaksanakan.  Semoga aktiviti pada hari ini dapat memantapkan kendiri serta kepimpinan pelajar. Akhirnya pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual dapat dilahirkan.

%d bloggers like this: