SELAMAT TAHUN BARU CINA


Selamat menyambut Tahun Baru Cina untuk semua guru dan murid SMK TTA yang berbangsa Cina. Semoga tahun ini  kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!

 

PESTA PONGGAL SMK TTA

Sambutan Pesta Ponggal peringkat SMK Taman Tun Aminah telah diadakan pada 21 Januari 2012 di Dewan Terbuka SMK Taman Tun Aminah. Semua pelajar India telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil.

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan dalam seisi keluarga.Perkataan “Ponggal” adalah bermaksud “masa menuai” dan ia menandakan masa utk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

JADUAL WAKTU KEDUA SMKTTA (SESI PAGI)

Jadual baharu akan mula digunakan pada 30 Januari 2012. Harap maklum.

JADUAL WAKTU KEDUA SMKTTA TAHUN 2012 (SESI PAGI)

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012

MAJLIS PRASAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Satu majlis prasambutan Tahun Baru Cina telah diadakan di SMK TTA. Para guru dan murid yang berbangsa Cina mengambil inisiatif  untuk memberi limau kepada para guru dan murid SMK TTA sebagai tanda menghargai guru. Pemberian limau dalam kalangan masyarakat Cina dianggap sebagai simbol murah rezeki. Semoga majlis ini dapat merapatkan lagi silaturahim sesama guru dan murid. Terima kasih dan Gong Xi Fa Cai.

  Pemberian limau daripada murid kepada guru (sesi pagi)
                 Pemberian limau daripada murid kepada guru(sesi petang)  

Terima kasih daun keladi ....

Lagi gambar di facebook smktta jb …..

JADUAL WAKTU TAHUN 2012

Sila klik pada pautan untuk melihat jadual kelas anda. Pastikan anda membawa buku mengikut jadual yang ditetapkan kerana p&p akan bermula pada 4 Januari 2012.

JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

JADUAL WAKTU SESI PETANG 2012

Selamat Kembali Ke SMK TTA

Selamat kembali ke sekolah kepada warga SMK TTA  setelah puas bercuti selama sebulan lebih. Pasti banyak pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang percutian tersebut. Namun kini alam persekolahan sudah kembali. Marilah warga SMK TTA bersama-sama berganding bahu menjalankan tugas masing-masing demi kegemilangan SMK TTA. Bagi murid-murid tersayang ayuhlah tingkatkan usaha anda untuk masa depan yang lebih gemilang.
“Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.

KEPUTUSAN PMR 2011

Pencapaian Calon PMR SMK Taman Tun Aminah Tahun 2011.
SUBJEK & PERATUS KELULUSAN
BAHASA MELAYU: 78.79%
B. INGGERIS: 79.65%
SEJARAH: 89.04%
GEOGRAFI: 82.68%
BAHASA CINA: 81.36%
BAHASA TAMIL: 87.50%
PEND. ISLAM: 92.31%
MATEMATIK: 91.70%
SAINS: 85.53%
KH 1 : 100.00%
KH 2 : 98.85%
KH 4 : 100.00%
Pelajar cemerlang PMR dengan pencapaian 8A
1. Wan Leong Keng
2. Chan Yan Wen
3. Lee Kang Chyi
4. Leong Sin Lu
5. Liang Kar Man
6. Loh Pei Pei
7. Or Khai Ling
8. Hirashini a/p Nadarajah
Pelajar cemerlang PMR dengan pencapaian 7A
1. Alvin Lim Wei Jian
2. Cher Zi Hui
3. Eric Chan Keat
4. Foong Jia Wen
5. Ho Zu Er
6. Ngai Jin Sen
7. Yong Mei Kuan

SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2011

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah selepas jam 10.00 pagi pada hari Khamis, 22 Disember 2011.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 & Peralihan Tahun 2012

Hari Pendaftaran Bagi Pelajar Baru Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2012  telah ditunda pada hari Isnin, 2 Januari 2012 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari . Harap maklum.

SEMAKAN KEPUTUSAN MURID 2011

Sukacita dimaklumkan, ibu bapa boleh mendapatkan keputusan anak-anak dengan membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau klik pada gambar di bawah untuk akses kepada sistem online KPM.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Sukacita dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga yang belum mengambil wang bantuan persekolahan sebanyak RM 100 diminta untuk datang ke SMK Taman Tun Aminah pada tarikh-tarikh berikut ;
23 November 2011 hingga 25 November 2011
(9.00 pagi – 12.00 tengah hari)
Ibu bapa diingatkan untuk membawa kad pengenalan  sendiri dan kad pengenalan murid. Sila berjumpa dengan PK HEM iaitu Puan Roziah Binti Abu Bakar untuk tujuan tersebut. Terima Kasih.

Sekitar hari penyerahan bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid pada 14 -15 November 2011 di SMK Taman Tun Aminah;



SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011


JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2011